Suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Hafizul Harawi, 38 diiringi pasukan CID berpakaian taktikal dan senjata selepas tiba menaiki pesawat King Air B300 milik PDRM ketika di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM Subang. Foto MOHD ADZLAN, 16 APRIL 2024.

KOTA BHARU – Suspek lelaki yang terlibat kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1, pada 14 April lepas, akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu di sini esok.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata suspek kemungkinan akan dituduh di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Beliau berkata suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu pada esok dan kemudian akan dibawa ke Mahkamah Sepang untuk pertuduhan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Pada 15 April lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata suspek terlibat dengan kejadian tembakan di KLIA yang mencederakan seorang pengawal peribadi, telah ditahan pada kira-kira 3 petang di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast