Anthony Like Siew Fook menyaksikan visual  pembangunan projek MRT RTS sambil diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MRT Datuk Mohd Zarif Hashim pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Jejantas Pejalan Kaki Menghubungkan Coronation Square dan Stesen Link Bukit Chagar di Menara JLand, Johor Bahru  hari ini.

JOHOR BAHRU –  Kerajaan merancang untuk melaksanakan projek KTM komuter di badar raya ini bagi mengintegrasikan pelbagai pengangkutan awam di negeri ini, selain  mengoptimumkan pembangunan landasan berkembar elektrik Johor Bahru – Gemas.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, perkara itu masih dalam penelitian.

“Objektif  landasan berkembar Johor Bahru disediakan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan utara.

“Tetapi saya rasa  jika landasan ini siap, tidak mungkin kita khadkan perkhidmatan itu kepada ETS sahaja dan alangkah lebih baik sekiranya landasan itu dapat dioptimumkan dengan menyediakan perkhidmatan komuter.

“Kita masih mengkaji lebih mendalam dan ia memerlukan pelaburan dari segi tolling stok untuk perkhidmatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorendum Persefahaman Pembangunan Jejantas Pejalan Kaki Antara Coronation Square dan Stesen RTS Link Bukit Chagar petang tadi.

Menurut Anthony lagi, projek landasan berkembar itu sedang berjalan lancar dengan menfokuskan pemasangan insfrastuktur.

Katanya, bahagian jajaran landasan keretapi berkembar elektrik dari Gemas- Johor Bahru itu juga dijangka siap penghujung tahun ini.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Kerajaan Persekutuan kini sedang meneliti cadangan Kerajaan Johor untuk pembinaan projek sistem aliran transit automasi (ART) bertingkat bagi mengurangkan kesesakan trafik di bandaraya itu apabila RTS Link beroperasi kelak.- MalaysiaGazette