Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Baharuddin Shah

KUALA LUMPUR – Profesor pro-Zionis Bruce Gilley tidak mempunyai hak dan moral untuk datang ke Malaysia untuk memberi kuliah menyatakan tindakan yang tidak patut terhadap rejim Israel.

Sebaliknya Pengerusi Biro Politik Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Raja Bahrin Shah berkata, semua kenyataan yang  disuarakannya tidak boleh terima selain bertentangan dengan pendirian negara yang menyokong Palestin.

“Amerika Syarikat (AS) dan warganya seperti ahli akademik AS Bruce Gilley, tidak mempunyai hak atau ketinggian moral untuk datang ke Malaysia untuk memberi kuliah kepada kita tentang moraliti apa yang betul atau salah dalam dunia hari ini.

“Jadi siapakah individu ini dan atas dasar apa Bruce Gilley ini mengajar kita tentang apa yang betul atau salah mengingatkan pada keadilan yang terpesong dan rosak di Gaza oleh AS,” katanya dalam satu kenyataan.

Membidas individu yang datang ke program di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini, Raja Bahrin menganggap Bruce tidak mempunyai kredibiliti dan sikap kemanusiaan apabila menyokong Israel yang membunuh rakyat Gaza terutama wanita dan kanak-kanak.

“Dia (Bruce) menuduh pemimpin Malaysia bercakap tentang holocaust kedua yang dikatakan terhadap orang Yahudi tetapi mengabaikan liputan televisyen media utama mengenai pembunuhan berterusan harian sebenar dengan bom buatan hadiah AS terhadap kanak-kanak Palestin, orang tua dan wanita,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut membidas pandangan pihak tertentu yang menyokong pandangan individu berkenaan.

Beliau menyarankan golongan tersebut pergi ke Israel dan melihat sendiri bagaimana sistem aparteid dan pengusiran beramai-ramai terhadap rakyat Palestin digerakkan oleh Israel dan sekutu kuatnya AS.

“Tiada siapa yang lebih buta daripada mereka yang enggan melihat dan mengakui kenyataan yang berlaku hari ini,” katanya lagi.

Kelmarin tular di media sosial Bruce yang dijemput sebagai panel program di UM menuduh pemimpin politik Malaysia kononnya menganjurkan holocaust atau pembunuhan beramai-ramai kedua terhadap masyarakat Yahudi.

Melalui perkongsian di laman sosial X, Bruce bagaimanapun telah memadam perkongsian berkenaan selepas menerima kecaman daripada warga maya sebelum memaklumkan dirinya telah meninggalkan Malaysia semalam.

Susulan itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan pihak Universiti Malaya memberi penjelasan dan siasatan segera berkaitan perkara berkenaan.

UM semalam telah membuat permohonan maaf kepada semua pihak sambil melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan kontroversi dibuat Bruce sebagai penceramah jemputan.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian  lelaki itu sepatutnya tidak perlu dibawa masuk ke negara ini sejak awal lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast