Buah naga merupakan buah-buahan tropikal yang cukup popular di negara kita. Ia sering dikenali dengan kulit yang menyerupai ‘sisik naga’ dengan bentuk seakan kaktus besar.
Selain memakan dengan begitu sahaja, buah ini juga popular dijadikan jus. Buah yang padat dengan vitamin dan mineral penting seperti zat besi, vitamin B, vitamin C dan seratus buah-buahan dapat menjaga kecantikan kulit, mengurangkan risiko kanser, baik untuk kesihatan jantung dan lain-lain.
Ladang buah ini yang diusahakan sebesar 5 ekar tanah sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan pekerjaan kepada penduduk setempat.
Dengan harga yang sangat berpatutan dari RM8 hingga RM12 menarik minat ramai pengunjung dari dalam mahupun luar bagi mendapatkan secara terus dan segar dari ladang. Ia boleh didapati di hadapan ladangnya sendiri di Mukim Rasa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.