Sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kecemasan pada pukul 6.34 pagi.

Menurutnya, seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari dari lapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) antaranya BBP Kapar, BBP Klang Utara dan BBP Andalas bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran selepas mendapat panggilan kecemasan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – MalaysiaGazette