PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus bermula 1 Disember 2024.
Kenaikan itu adalah tertinggi dalam sejarah negara berbanding lebih 13 peratus sebelum ini.
Berucap pada majlis sambutan Hari Pekerja di Pusat Konvensyen Putrajaya di sini, beliau berkata, pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
“Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” tambahnya.
Kerajaan Sabah dan Sarawak, tambahnya juga bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia. RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
berita lanjut menyusul
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai 1 Disember tahun ini.
Kenaikan itu adalah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara.
“Kalau lihat sejarah kenaikan (gaji penjawat awam) paling tinggi sebelum ini adalah 13 peratus. Maka, pada tahun ini saya akan umum kenaikan itu lebih tinggi daripada 13 peratus dan kita akan melaksanaan mulai 1 Disember tahun ini sebab saya sudah berjanji,” katanya.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat sambutan Hari Pekerja 2024 bertemakan ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Tambah beliau, kenaikan gaji penjawat awam itu membabitkan peruntukan wang yang mencecah lebih RM10 billion.
“Kenaikan ini dibuay selepas mengambil kira implikasi kewangan pada masa sama perlu memastikan defisit negara rendah.
Menurut beliau, di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan juga akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam di negara ini secara menyeluruh adalah RM1,795 sebulan.
“Jadi pada tahun ini untuk gaji penjawat awam kita memulakan suatu kriteria ukuran yang baharu iaitu pendapatan menyeluruh gaji dan elaun tetap penjawat awam mesti lebih RM2,000 sebulan,” ujarnya.
Anwar berkata, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak ini akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Bagaimanapun, Anwar menegaskan, di bawah SSPA, setiapkenaikan gaji akan melihat aspek yang menyeluruh dan bukan terpakai untuk semua jika rekod pekerja tidak membanggakan.
“Pekerja yang malas dan sering lambat dan tidak memberikan tumpuan baik dalam kerja tidak layak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan kerajaan. Ini adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.
Anwar juga menggesa pihak sektor swasta untuk megikuti lLangkah yang diambil kerajaan dalam soal gaji minimum bulanan demi menjamin kebajikan dan manfaat pekerja di negara ini.
“Saya nak beri mesej jelas kepada sektor swasta yang mencatat keuntungan baik, saya nak bagitahu patut didengar swasta kerana pekerja swasta juga patut diberi layanan baik.
“Ada syarikat-syarikat swasta mengaut untung berlipat ganda tapi dari mana.. semestinya hasil produktiviti pekerja, jadi berilah keuntungan itu kepada pekerja anda dan saya harap dapat kerjasama,” tambahnya. – MalaysiaGazette