KUALA LUMPUR – Dua lelaki warganegara Pakistan dilaporkan hilang,

dipercayai hilang berdasarkan laporan polis yang diterima pada jam 1.31 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, kehilangan Tariq Aqib, 26, dan Mohsin Ali, 34, dilaporkan di pada jam 1.31 pagi tadi.

Menurut beliau, kali terakhir mereka dilihat pada jam 11 pagi semalam di rumah beralamat  Blok 1-1-9, Jalan Pekaka, 8/7, Seksyen 8, Kota Damansara.

Sehubungan itu, Shahrulnizam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil atau menghubungi balai polis berdekatan. – MalaysiaGazette