Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak memaklumkan pihaknya mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah dimuktamadkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) bagi memindahkan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor yang terbabit dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).