Calon Pakatan Harapan, Pang Sock Tao beramah mesra bersama pengundi semasa hadir melawat pusat pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.06 Kuala Kubu Baharu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khing Ming, Kuala Kubu Baharu. Foto MOHD ADZLAN, 11 MEI 2024.

HULU SELANGOR – Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dalam pertandingan empat penjuru yang berlangsung hari ini.

Calon PH, Pang Sock Tao memperoleh undi dengan keputusan tidak rasmi 13,765, berbanding pencabar terdekat daripada Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut sebanyak 9,837 undi.

Dua lagi calon iaitu Nyau Ke Xin (Bebas) mendapat 183 undi manakala, Hafizah Zainudin (PRM) memperoleh 149 undi.

Para penyokong PH telah  membakar bunga api di Bilik Gerakan Utama di Jalan Gamelan bagi meraikan kemenangan Sock Tao yang kini mendahului jauh keputusan PRK Kuala Kubu Baharu. – MalaysiaGazette

Berita lanjut menyusul