M. Kumar menunjukkan barang rampasan dalam serbuan Ops Taring.

JOHOR BAHRU – Polis merampas 5,535 karton rokok seludup bernilai RM1.37 juta termasuk cukai dalam serbuan Ops Taring Landai di sebuah pondok di Pantai Bio, Desaru, Kota Tinggi, Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, ketika serbuan dilakukan Unit Risik Marin (URM) Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang seorang lelaki di pondok berkenaan berjaya melarikan diri.

“Hasil siasatan, pondok itu dipercayai dijadikan tempat pemunggahan dan pihak berkuasa berjaya menemui sebanyak 5,535 karton rokok mengandungi 914,600 batang putih, katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah Dua, Tampoi, di sini, harini.

Menurut Kumar, pihaknya turut merampas sebuah kereta Perodua Kembara dengan anggaran RM20,000.

Tambah beliau, hasil siasatanmendapati rokok itu disyaki diseludup dari negara jiran melalui laluan laut sebelum mendarat di perairan Kota Tinggi untuk pasaran tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Kumar memberitahu, sejak Januari sehingga 12 Mei lalu, polis Johor merampas rokok dan minuman keras seludup berjumlah RM4.1 juta berbanding RM5.9 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast