KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Bank of Korea hari ini memeterai perjanjian untuk memperbaharui pengaturan swap dua hala (BSA).

Jumlah pengaturan swap ini dikekalkan sebanyak RM15 bilion/KRW5 trilion, iaitu jumlah yang sama di bawah BSA yang dimeterai pada tahun 2020.

Pengaturan swap ini adalah untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilanjutkan dengan persetujuan bersama antara kedua-dua bank pusat.

BSA ini bertujuan untuk menggalakkan lagi perdagangan dua hala antara kedua-dua negara serta mengukuhkan kerjasama kewangan antara Korea dengan Malaysia. – MalaysiaGazette