Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI – Lawatan secara mengejut di dua Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di negeri ini akan terus dilakukan bagi memastikan sistem di situ sentiasa dalam keadaan lancar.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, tindakan mengejut selagi isu di dua CIQ berkenaan tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.

“Saya sedar dan insaf ramai yang tidak senang dengan kehadiran saya di pintu-pintu masuk utama negara ini dan saya juga tahu ramai yang tidak suka dengan lawatan-lawatan mengejut saya.

“Namun, percayalah saya tidak akan berhenti selagi mana isu legasi yang menghantui rakyat di negeri dan negara ini tidak diselesaikan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Terdahulu, Liew Chin Tong (DAP-Perling) bertanya adakah bidang kuasa negeri bagi memudahkan pergerakan keluar masuk di sempadan Malaysia-Singapura.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menjawab, tindakannya sering membuat lawatan mengejut ke dua CIQ dan pintu masuk negeri ini supaya rakyat nasib rakyat yang berulang-alik bekerja di Singapura setiap hari terbela.

Selain itu menjawab soalan Liow Cai Tung berhubung status sistem Kod QR di CIQ bagi rakyat Malaysia memasuki Singapura, Onn Hafiz berkata, sistem itu masih lagi berada dalam fasa pembangunan.

Beliau mengakui pergerakan keluar masuk antara sempadan Johor-Singapura ini bukanlah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast