MARA Corp Corporation Majlis Amanah Rakyat MACC power abuse
Bangunan MARA di Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / 7 FEBRUARY 2022. Bangunan Mara di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 FEBRUARI 2022.

TANAH MERAH – Sebanyak 90 peratus lulusan daripada institusi Majlis Amanah Raya (MARA) Kelantan berjaya mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian masing-masing.

Pengarah MARA Kelantan, Fazli Rizal Ismail berkata, mereka adalah daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dan GiatMara yang mendapat pemintaan tinggi daripada pihak  industri dalam dan luar negara.

Beliau berkata, sebilangan daripada lulusan tersebut turut menerima tawaran pekerjaan dari negara luar antaranya Singapura.

“Terdapat pelajar kita yang di tahun akhir sudah ada syarikat datang temu duga dan mengambil mereka untuk bekerja berdasarkan kemahiran yang dipelajari di institusi pengajian kami,” katanya kepada Bernama pada Program MARA Prihatin Merakyatkan MARA di Kampung Kelewek, di sini, hari ini.

Fazli berkata, ketika ini terdapat 2,000 pelajar yang mengikuti pengajian di institusi MARA di Kelantan.

“Di MARA kita mempunyai kategori pendidikan pertama iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang ada lima buah di seluruh Kelantan, selain 15 pusat GiatMara, KKTM di Pasir Mas dan KPTM di Kota Bharu yang menawarkan pendidikan berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Beliau berkata, antara bidang kemahiran yang mendapat permintaan tinggi daripada syarikat adalah elektrik, jahitan, makanan, automatif dan pembinaan.

“TVET ketika ini mendapat permintaan sangat tinggi daripada pemain industri, ia merupakan peluang kepada pelajar kita bagi mendapatkan pekerjaan,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast