Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN – Perselisihan faham antara dua anggota tentera merupakan punca pergaduhan yang menyebabkan salah seorang daripaa mereka cedera di Kem Tentera Batu 3, Mentakab pada 9 Mei lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan mendapati ketika kejadian, mangsa berusia 38 tahun sedang menunaikan solat di dalam sebuah bilik di kem terbabit.

”Semasa itu suspek membuat bising dengan bunyi motosikalnya yang berada di hadapan biliknya pada waktu Magrib dan telah ditegur oleh mangsa yang berada di bilik bersebelahan dengan bilik suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Yahaya, pergaduhan tercetus yang mana suspek telah dipukul oleh mangsa dan suspek bertindak mengambil sebilah parang di biliknya dan menyerang mangsa.

Susulan itu, tambah beliau, mangsa mengambil kayu golf yang berada di dalam biliknya untuk menpertahankan diri.

Jelasnya, akibat serangan parang itu, mangsa cedera di bahagian kepala, siku, bibir dangan telinga.

Bagaimanapun katanya, pergaduhan itu dileraikan oleh anggota tentera yang berada di bilik berdekatan dengan bilik mangsa.

Beliau berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk mendapatkan rawatan.

Jelas Yahaya, suspek telah ditahan selama tiga hari untuk membantu siasatan dibebaskan pada hari ini dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast