Foto: Maritim Malaysia
KUDAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot bersama dua individu yang dipercayai menjalankan kegiatan penyeludupan petrol, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil daripada maklumat perisikan yang diterima, bot ronda Zon Maritim Kudat yang pada ketika itu sedang menjalankan rondaan Op TirisĀ  di sekitar kawasan perairan Kudat mengesan bot suspek di posisi kira-kira empat batu nautika timur laut, Pulau Kankamat kira-kira jam 4 pagi
“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, dua individu didapati berada di dalam bot berkenaan merupakan warga Filipina berumur lingkungan 19 dan 51 tahun dan setelah pemeriksaan lanjut dilakukan kedua-dua individu terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Maurice, pemeriksaan menemui 12 tong berwarna biru berisi minyak petrol dibawa bot berkenaan tanpa sebarang permit yang sah disyaki cuba diseludup ke negara jiran.
Foto: Maritim Malaysia
Tambah beliau, suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan lkira-kira RM15,000 danĀ  ribu kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette
.