KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedang merangka beberapa langkah dan cadangan berkenaan isu prebet sapu yang tular melibat mahasiswa universiti itu.

Dalam kenyataannya, MPP USIM meminta mahasiswa dapat bersabar serta tidak melakukan sesuatu perkara di luar batas bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“MPP USIM sedia maklum berkenaan isu prebet sapu yang sedang tular.

“MPP USIM sedang merangka beberapa langkah dan cadangan berkenaan perkara ini yang akan dibincangkan segera Bersama pihak PHEP dan TNCHEPA,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu, MPP USIM turut meminta kerjasama mahasiswa bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan kampus bersama.

Buletin TV3 sebelum ini melaporkan penuntut USIM dikesan mengaktifkan semula perkhidmatan ‘prebet sapu’ selepas ia tidak lagi iaktif susulan kemunculan perkhidmatan e-hailing.

Lebih memburukkan keadaan penuntut yang terlibat tidak mengetahui kesan sekiranya berlaku kemalangan kerana keutamaan mereka ialah harga tambang yang ditawarkan lebih murah berbanding teksi atau e-hailing.

Mereka dipercayai mempunyai kumpulan di dalam aplikasi Telegram yang disertai kira-kira 12,000 individu dengan rata-ratanya terdiri daripada penuntut IPT sebagai medium untuk menempah perkhidmatan prebet sapu.

Berikutan aduan daripada ibu bapa penuntut dan masyarakat setempat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan Ops Prebet Sapu pagi tadi di sekitar Nilai dan berjaya menahan lima pemandu dengan dua daripadanya adalah penuntut IPT. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast