Oleh: Zaini Ahmad
FAKTOR keselamatan adalah aspek yang paling penting dan wajib untuk diambil berat pada bila-bila masa. Komitmen untuk mengekalkan standard keselamatan kebakaran bukan sekadar satu kewajipan undang-undang malah ia juga membuktikan komitmen sesebuah organisasi terhadap kebajikan pekerja mereka. Dalam landskap perniagaan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang semakin berkembang dan dengan peraturan yang lebih ketat, SIRIM QAS terus menerajui usaha dalam mengekalkan keselamatan kebakaran demi kejayaan industri dan kesejahteraan masyarakat.
SIRIM QAS International, yang terkenal dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap faktor keselamatan, berperanan penting dalam menyampaikan perkhidmatan pengujian dan pensijilan kebakaran. Sebagai salah satu hab ujian kebakaran yang utama di Asia Tenggara, SIRIM QAS International mengutamakan peningkatan standard keselamatan kebakaran di rantau ini.
Faedah Perkhidmatan Ujian Perlindungan Kebakaran SIRIM:
1. Penyelesaian Komprehensif: SIRIM menawarkan perkhidmatan pengujian dan pensijilan kebakaran yang komprehensif dalam memastikan ketersediaan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan keselamatan bagi pelbagai organisasi. Daripada sistem pengesanan kebakaran kepada kaedah perlindungan kebakaran, perkhidmatan SIRIM merangkumi keseluruhan spektrum perlindungan kebakaran. Di bawah Skim Akreditasi Makmal Kebangsaan (SAMM), Jabatan Standard Malaysia, Bahagian Perlindungan Kebakaran SIRIM diiktiraf ISO/IEC 17025.
2. Kepakaran Terbukti: SIRIM menyediakan kepakaran yang tiada tandingan dan telah Berjaya mempamerkan kebolehsuaian dan kecekapan dalam menangani cabaran keselamatan kebakaran yang pelbagai bergantung pada keperluan industri yang berbeza-beza.
3. Pematuhan Piawaian Global: SIRIM QAS International menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan piawaian antarabangsa untuk memberi jaminan kepada organisasi bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah selaras dengan penanda aras global. Selain untuk membuktikan pematuhan undang-undang, pengiktirafan SIRIM turut meningkatkan kredibiliti organisasi pada skala global.
Apabila ia berkaitan dengan kualiti, kebolehpercayaan, dan keselamatan produk yang disediakan, pensijilan dari SIRIM membolehkan organisasi memperoleh kepercayaan dan keyakinan daripada pengguna. Selain itu, kredibiliti jenama dapat dipertingkatkan apabila diiktiraf SIRIM, kerana reputasi SIRIM yang dikenali dengan jaminan kualiti dalam ujian dan pensijilan. Di samping tu, dengan mematuhi keperluan peraturan serta piawaiain industri serantau dan antarabangsa, organisasi dan perniagaan juga dapat mengelakkan sebarang risiko yang memudaratkan.
Kepentingan Perkhidmatan Perlindungan dan Ujian Kebakaran
Kebakaran boleh menyebabkan kerosakan namun dalam keadaan yang lebih serius, ia mampu menyebabkan kematian. Kejadian kebakaran boleh menelan kos ratusan juta dan ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Selain memenuhi keperluan pematuhan, perkhidmatan perlindungan dan ujian kebakaran juga memastikan piawaian keselamatan dapat mengurangkan risiko kecederaan dan kematian akibat kebakaran. Dengan melalui prosedur ujian dan pensijilan yang ketat, organisasi dapat membuktikan komitmen mereka untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan terjamin untuk kebajikan pekerja.
Kemudahan Pensijilan dan Pengujian
SIRIM QAS International mempunyai kemudahan pensijilan dan ujian terkini yang dilengkapi dengan teknologi termaju untuk mendapatkan keputusan yang paling tepat dan boleh dipercayai. KomitmenSIRIM untuk melabur dalam kemudahan tercanggih membuktikan dedikasi mereka untuk terus menerajui landskap piawaian keselamatan kebakaran yang sentiasa berkembang di rantau ini.
“Sebagai hab ujian kebakaran utama di Asia Tenggara, kami telah memupuk hubungan yang kukuh sejak bertahun-tahun yang lalu dengan pelbagai organisasi domestik dan antarabangsa di dalam industri, dan kami telah berjaya menyediakan mereka dengan pengiktirafan keselamatan bertaraf global dan akses kepada pasaran dunia,“ kata Encik Zaini Ahmad, Ketua Seksyen PerlindunganKebakaran, Jabatan Perkhidmatan Ujian SIRIM QAS International.
Organisasi tempatan semakin jelas mengutamakan keselamatan kebakaran dan oleh itu, pengiktirafan SIRIM QAS International berperanan sebagai lambang keyakinan. Dengan pengalaman yang pelbagai, kepakaran yang terbukti, dan kemudahan terkini, SIRIM bukan sekadar penyedia perkhidmatan, ia merupakan organisasi yang terpenting untuk memastikan standard keselamatan kebakaran dan amalan terbaik di Malaysia dan Asia Tenggara.
Dengan pengiktirafan SIRIM, ia bukan sahaja membuktikan pematuhan, ia turut menjanjikan masa depan yang lebih selamat dan berdaya tahan. Perkhidmatan ujian dan pensijilan kebakaran adalah penting untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk individu dan perniagaan dengan memastikan pematuhan terhadap peraturan. Selain itu, pensijilan juga mampu memupuk keyakinan pengguna dan memudahkan perdagangan di pasaran global. Perkhidmatan yang disediakan SIRIM jelas menyediakan pendekatan yang menyeluruh terhadap keselamatan kebakaran, merangkumi pencegahan, kesediaan, serta tindak balas keselamatan.
Penulis adalah Ketua Bahagian Perlindungan Kebakaran, Jabatan Perkhidmatan Ujian SIRIM QAS International