JOHOR BAHRU – Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan tulang pinggul dan bahu, semalam.
Atlet berkenaan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah Hospital swasta di Johor.
Abang kepada Atlet itu, Muhammad Syafiq Md Elias, 29, berkata, ketika kejadian adiknya dalam perjalanan berulang alik dari rumah keluarganya dekat Pontian ke Pusat Latihan Kanu di Bakar Batu.
“Satu pembedahan sekaligus tulang pelvis dan tulang bahu kanan, pihak hospital beritahu pembedahan akan datang buat pembedahan plastik.
“Sebab itu saya jangka adik saya akan mengalami masalah di bahu dan pinggang memandangkan beliau memang menggunakan tenaga di bahagian tangan,” katanya ketika ditemui di hospital swasta, hari ini.
Masyitah yang merupakan anak ke lima daripada lapan beradik lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Uda dalam kalangan keluarga dianggap seorang yang ringan tulang.
Sementara itu, Exco Belia Sukan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah yang melawat keluarga itu berkata, kerajaan negeri akan membantu daripada segi rawatan dan memantau perkembangan Masyitah selain menanti kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan bantuan.
27ee6d1d-7f9c-4821-bedc-379cd7dc824b
” Kita lihat apa boleh dibantu dan untuk persiapan pembelajaran, MSN (Majlis Sukan Negara) memaklumkan kita akan tampung kos pembelajaran Masyitah selepas sihat sedia kala.
“Kita ada satu peruntukan khas utk pembelajaran atlet untuk Diploma, dan Ijazah dan insya-Allah kos akan dibayai keseluruhan pembelajarannya,”ringjas beliau.
Masyitah mula berjinak dalam sukan pelayaran seawal usia 14 tahun.
Pada tahun lepas dia mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat gangsa Sukan SEA Kemboja dan menyumbangkan empat Emas di Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Beliau cedera parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 600 meter apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) di sini pada Sabtu lqlu.-MalaysiaGazette