Facebook MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Laman Facebook MalaysiaGazette yang dinyahaktif sejak 14 April lalu kini kembali aktif.

Perkembangan terbaharu ini dimaklumkan oleh Facebook Team menerusi emel kepada pentadbir laman FB MalaysiaGazette sebagai respon kepada rayuan yang dikemukakan portal ini sejak sebulan lalu.

Terdahulu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet berkata, pihaknya mengecam tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan laporan berita berkaitan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di platform media sosial beberapa media.

Katanya, turut terbabit adalah laman FB MalaysiaGazette yang dinyahaktif sebulan lalu dipercayai ada hubung kait dengan hantaran berkaitan pergolakan di antara Israel dan Iran.

Dua jam selepas sidang media pasca Kabinet itu, pihak MalaysiaGazette telah menerima emel dari Facebook Team memaklumkan rayuan supaya Facebook diaktifkan telah diterima.

Facebook MalaysiaGazette yang aktif sejak 2013 telah berjaya memperoleh 1.8 juta pengikut dan hamper 900,000 Likes.

Terima kasih YB Fahmi! – MalaysiaGazette