BAYAN LEPAS – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung hantaran tular di media sosial berkaitan resit pesanan seorang pelanggan di sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, di sini, semalam yang tertera komen berbaur provokasi hina agama Islam.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengesan satu gambar di muatnaik oleh pemilik Akaun X @update1111 seperti dipautan https://x.Com/update11111/status 1790723933941240226 pada jam 8 pagi tadi.
“Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada jam 8.46 malam semalam.
“Hasil siasatan mendapati satu pesanan yang diterima rangkaian restoran piza melalui aplikasi ‘Dominos’ pada jam 3.05 petang mempunyai perkataan menghina agama Islam di bahagian remark (nota) pesanan tersebut.
“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Kamarul Rizal, semua pihak dinasihatkan bertenang selain memberi ruang kepada polis bagi menjalankan siasatan serta mengambil tindakan lanjut.
“Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam,”katanya.
Sejak semalam tular tangkap layar resit yang tertera at this noisy place with stupid moaning sound like have sex eyeryday. stupid islam (di tempat yang bising ini dengan bunyi mengerang bodoh seperti melakukan hubungan seks setiap hari. Islam bodoh).
Tangkap layar hantaran gambar resit itu dikongsi warganet di beberapa akaun komuniti sehingga mendatangkan reaksi negatif.
Rata-rata warganet juga meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak dan menahan individu yang melakukan provokasi keterlaluan itu.
Selain itu, warganet turut meluahkan rasa kesal kerana kes penghinaan terhadap agama Islam semakin meningkat dengan kes itu dibimbangi akan menyebabkan hubungan antara kaum tidak harmoni. – MalaysiaGazette
Minta pihak berkuasa segera ambil tindakan jika benar2 bimbang keharmonian negara tergugat. Jika tak sempat cekup siang, pukul 3 pagi pun apa salahnya. Cekup ja, biar sampai dia nak ganti underware pun tak sempat. Baru jadi pengajaran kat penghina2 Islam.