Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

JOHOR BAHRU – Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi dipercayai terlibat dan ahli kumpulan Jamaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan perkara itu berkata, suspek dipercayai berusia 34 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

Kejadian tersebut berlaku pada jam lebih kurang 2.30 pagi semasa seorang lelaki dan wanita berusia 22 dan 21 tahun yang dipercayai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) datang ke balai untuk membuat aduan dicabul dua tahun lalu.

Pada masa sama, katanya, suspek datang ke balai tersebut dengan menunggang motosikal dengan membawa sebilah parang sebelum meletakkan motosikalnya di bahagian belakang balai.

Seorang anggota polis yang menjaga di bahagian depan balai kemudian meninjau ke bahagian belakang balai sebelum ditetak suspek sebanyak tiga kali di leher sebelum merampas pistol anggota polis berkenaan.

Kemudian datang seorang lagi anggota polis dan suspek menembaknya di bahagian pipi.

“Bagaimanapun seorang anggota kita telah menembak suspek dan suspek dikenali dan bapa dia (ahli)  JI berumur 62 tahun dan kita telah menangkap dua pengadu itu (seorang lelaki dan wanita dipercayai pelajar institusi pengajian tinggi).

“Kalau berita dua tahun dahulu datang pukul 2 pagi untuk meminta pandangan daripada polis, macam tidak logik. Jadi kita tangkap mereka,” katanya merujuk kepada dua individu yang dipercayai pelajar IPT itu dalam sidang media selepas meninjau lokasi kejadian di Balai Polis Tiram hari ini.

Razarudin berkata, polis kemudian menyerbu rumah keluarga suspek lelaki di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan.

“Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut. Mereka berusia antara 15 tahun hingga 62 tahun,” katanya.

Dalam serangan pukul 2.54 pagi itu, dua anggota polis dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi cedera.

Suspek yang bertopeng, berpakaian gelap dan bersenjatakan parang ketika menceroboh masuk balai polis berkenaan ditembak mati di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast