UiTM, TNB jalin kerjasama tingkat kesedaran penggunaan tenaga

KUALA LUMPUR- Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor (UCS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalinkan kerjasama dalam menganjurkan Seminar Peralihan Tenaga & Kelestarian Alam 2024.

Ia sebagai sebahagian daripada sokongan terhadap Inisiatif Kerajaan melalui Malaysia Energy Literacy Program (MELP).

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan tenaga yang lebih lestari.

Seminar Peralihan Tenaga & Kelestarian Alam 2024 ini melibatkan 5 siri penganjuranbermula Mei 2024 hingga Oktober 2024 dengan UiTM Cawangan Selangor dipilih sebagai kampus pertama untuk siri penganjuran seminar ini diikuti oleh UiTM Cawangan Johor, UiTM Cawangan Perak, UiTM Cawangan Pulau Pinang dan di UiTM Cawangan Terengganu.

Menurut kenyataan UiTM, buat julung kalinya, seminar yang telah diadakan di UCS Kampus Puncak Alam itu berjaya mengumpulkan lebih daripada 500 penglibatan peserta dimana seramai 400 mahasiswa dan lebih daripada 100 kakitangan UCS terlibat untuk siri pertama penganjuran seminar.

Tambahnya, seminar ini bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, memberikan kesedaran disamping menyemai amalan dan tabiat baik dalam penggunaan tenaga elektrik dengan cekap dan berhemah dalam kalangan kakitangan dan mahasiswa UiTM.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang seminar berlangsung di Dewan Dahlia UCS Kampus Puncak Alam yang melibatkan 3 slot utama seminar antaranya Perkongsian Kecekapan Penggunaan oleh TNB, Demonstrasi Renjatan Elektrik oleh Fakulti Sains Kesihatan UCS dan kuiz.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast