Profesor Zhang (kiri) dan Profesor Dato’ Ewe menukar MoU and dokumen SEA.

KUALA LUMPUR – Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menjalinkan kerjasama strategik dengan Universiti Perubatan Cina Zhejiang (ZCMU) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian pertukaran pelajar bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam pelbagai inisiatif akademik.

MoU berkenaan merangkumi projek penyelidikan antarabangsa, program latihan bakat dan pertukaran akademik bagi memupuk pembangunan bersama selain bertujuan meningkatkan pengalaman pembelajaran melalui program mobiliti pelajar dan latihan prasiswazah.

Presiden UTAR, Prof Datuk Ewe Hong Tat berkata, perjanjian memorandum tersebut mengukuhkan lagi kerjasama mereka sebagai rakan kongsi.

“Penglibatan Universiti Perubatan Cina Zhejiang sebagai rakan kongsi penting kami dalam bidang perubatan tradisional Cina telah memberikan kami sokongan dan bantuan yang berharga.

“Majlis ini bukan sahaja sekadar mengeratkan kerjsama malah ia juga sebagai tanda hubungan beralih ke fasa baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Naib Setiausaha Jawatankuasa (ZCMU), Prof Dr Zhang Guangji berharap jalinan kerjasama ini, kedua-dua universiti dapat mencapai kerjasama lebih luas dalam pelbagai bidang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast