Anggota polis dari IPD Iskandar Puteri memeriksa senuah kereta dalam Op Samseng Jalanan lewat malam tadi.

ISKANDAR PUTERI – Seramai 35 individu dan sebanyak 32 kenderaan telah diperiksa dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Daerah Polis Iskandar Puteri bermula 1 malam tadi hingga 5 pagi ini.

Lokasi hot spot golongan remaja melakukan aksi berbahaya menjadi lokasi operasi.

Antara aksi berkenaan termasuk menduga kelajuan, dan memandu secara berbahaya, serta pelbagai aksi lain yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

Tujuan operasi ini dijalankan adalah membanteras aktiviti samseng jalanan terutamannya melibatkan golongan remaja yang memandu kenderaan, dan mengesan pemandu kenderaan yang melakukan kesalahan trafik.

Daripada jumlah itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Johor Bahru Selatan, dan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor telah mengeluarkan 48 keping saman POL.257 di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai struktur/ekzos, dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. semua yang ditahan dalam operasi ini.

Dalam operasi ini sebanyak 30 buah kereta telah dikenakan tindakan sita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Operasi ini turut menahan tiga orang lelaki yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) APJ1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM20,000.00, penjara tidak lebih lima tahun, serta lesen memandu digantung selama dua tahun. – MalaysiaGazette