PATI berbaris di Kompleks ICQS, Melaka sebelum dihantar pulang menaiki feri.

BERA – Seramai 60 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Pahang semalam.

Kesemua PATI terdiri daripada 46 orang lelaki dan 14 orang perempuan dihantar pulang menggunakan perkhidmatan feri Indomal Kingdom Fast Ferry dari Kompleks ICQS, Melaka ke Pelabuhan Dumai, Indonesia melalui jalan laut.

JIM Pahang berkata, semua PATI adalah tahanan dari Depot Imigresen Kemayan, Bera yang telah selesai menjalani hukuman setelah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan pelbagai kesalahan-kesalahan yg diperuntukan dalam Malaysia.

Program pemindahan PATI yang dikendalikan oleh Depot Imigresen Kemayan ini merupakan sebahagian dari aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Negeri Pahang. – MalaysiaGazette