Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Islamic Development Bank di Arab Saudi (IDB) telah menetapkan harga qurban seekor kibas pada harga RM858 bagi musim haji 1445H/ 2024M.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihak IDB telah bersetuju untuk menawarkan harga lebih rendah untuk seekor kibas, berbanding RM936 sebelum ini.

“Perubahan harga ini juga merupakan hasil rundingan berterusan TH bersama IDB untuk mendapatkan harga yang lebih baik bagi jemaah haji Malaysia.

“TH akan menyelaras semula akaun simpanan bakal haji dan pendeposit yang telah bayar penyertaan ibadah qurban Tanah Suci dengan mengambil kira perubahan harga yang ditawarkan,” katanya.

Selain itu, TH turut menawarkan perkhidmatan bayaran dam dan qurban melalui aplikasi THiJARI untuk bakal jemaah yang akan mengunjungi Tanah Suci untuk tahun ini.

Mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pembayaran dam dan qurban perlu mendaftar sebagai pengguna THiJARI melalui pautan www.thijari.com.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast