TEMERLOH – Polis menahan dua lelaki warganegara tempatan dipercayai memiliki 50 bungkusan plastik berisi cecair warna hijau disyaki air ketum di sini semalam.
Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mazalan Hassan berkata, kedua-dua lelaki berusia 35 dan 27 tahun itu ditahan di kawasan rumah salah seorang suspek di Kuala Krau kira-kira pukul 10 malam.
”Sepasukan polis Dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Temerloh dalam tugasan Op Tapis telah menangkap dua orang lelaki dan membuat rampasan barang 50,000 mililiter.
”Kedua-dua lekai berkenaan merupakan penganggur juga tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mazlan berkata, proses reman akan dijalankan esok dan kes disiasat di bawah Seksyan 30(3) Akta Racun 1952. – MalaysiaGazette