Buku hasil tulisan Datin Zinitulniza Abdul Kadir banyak berkongsi kisah yang tidak diketahui ramai antaranya misi Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman menghantar Tengku Razaleigh Hamzah ke China pada 1971 untuk berunding dengan Perdana Menteri China, Chou Enlai dan juga mendapat balik minyak yang diberi kepada syarikat asing.