KUALA LUMPUR – Seorang maut dan beberapa lagi cedera dalam penerbangan Singapore Airlines dari London yang dilanda gelora udara.
Boeing 777-300ER ke Singapura telah dilencongkan ke Bangkok dan mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan (08:00 GMT).
Penerbangan SQ 321 membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal, kata Singapore Airlines dalam satu kenyataan.
“Singapore Airlines mengucapkan takziah kepada keluarga simati,” katanya.
Syarikat penerbangan itu menambah, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand untuk memberikan bantuan perubatan kepada penumpang, dan sedang menghantar pasukan ke Bangkok untuk memberikan sebarang bantuan tambahan yang diperlukan.
Pihak berkuasa Thailand telah menghantar ambulans dan pasukan kecemasan ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi.
Namun setakat ini tidak jelas apa yang berlaku dalam penerbangan tersebut kerana sitausi itu jarang menimbulkan kebimbangan.
Singapore Airlines berkata, syarikat itu akan mengemas kini perkembangan kejadian itu melalui Facebook dan platform X. – MalaysiaGazette