Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Britain disahkan penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) yang terkorban akibat gelora udara ketika penerbangan dari Lapangan Terbang Heathrow di London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura semalam.

Dia yang berusia 73 tahun itu meninggal dunia di dalam pesawat dipercayai akibat serangan jantung.

Menurut analisis data awal perkhidmatan pengesanan penerbangan Flightradar24, penerbangan London-Singapura itu berdepan lebih daripada satu minit gelora udara melampau sekitar 11,300 meter di atas Myanmar menyebabkan pesawat naik dan menjunam beberapa kali.

Selain itu, kes membabitkan melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan enam penumpang lain mengalami kecederaan serius dan berada dalam status kritikal.

Menerusi kenyataan di Facebook, SIA memaklumkan pesawat itu terpaksa mengubah laluan penerbangan dan melakukan pendaratan di Bangkok pada jam 3.45 petang waktu tempatan.
Pakar penerbangan dari Pusat Khidmat Pentadbiran Lautan and Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Alvin Lie, menyifatkan kes gelora udara dialami oleh SIA sebagai sangat ekstrem dan amat jarang berlaku. – Agensi