SYDNEY – Angka korban kejadian tanah runtuh yang melanda Papua New Guinea dianggarkan melepasi 670 orang, seorang pegawai daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) memberitahu media pada Ahad, lapor Xinhua.
“Mereka menganggarkan lebih daripada 670 orang masih berada di bawah timbunan tanah pada masa ini,” kata Serhan Aktoprak, ketua perwakilan agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara Kepulauan Pasifik itu. – BERNAMA-XINHUA