Qatar Airways.

LONDON – Seramai 12 individu cedera apabila pesawat Qatar Airways yang dalam perjalanan dari Doha ke Ireland menharungi gelora.

Pesawat tersebut selamat mendarat di Dublin, kata pihak berkuasa lapangan terbang.

Insiden berlaku seminggu selepas seorang penumpang meninggal dunia apabila pesawat Singapore Airlines berhadapan gelora udara dengan pesawat terbabit dilencongkan ke Bangkok.

Seramai enam penumpang dan enam anak pakal cedera apabila penerbangan QR017 mengharungi gelora udara di ruang udara Turkiye, menurut kenyataan lapangan terbang Dublin.

Penerbangan tersebut mendarat mengikut jadual, sebelum jam 1 tengah hari waktu tempatan, Ahad, tambahnya.

Qatar Airways berkata, mereka mengalami kecederaan ringan dan insiden tersebut tertakluk kepada siasatan dalaman.

“Sejurus selepas mendarat, perkhidmatan kecemaan digegaskan ke pesawat tersebut, termasuk polis lapangan terbang dan jentera kebakaran dan penyelamat kerana terdapat enam penumpang dan enam anak kapal berada dalam pesawat yang melaporkan terdapat kecederaan selepas pesawat tersebut mengharungi gelora udara ketika berada di ruang udara Turkiye.

“Pasukan lapangan terbang Dublin terus menyediakan bantuan penuh kepada penunpang dan kakitangan syarikat penerbangan,” kata kenyataan lapangan terbang Dublin.

Seorang lelaki warga British dan lebih 100 orang cedera apabila pesawat Singapore Airlines, penerbangan SQ321, mengharungi gelora udara pada Selasa lalu, mengakibatkan pesawat terbabit melakukan pendaratan cemas di Bangkok, yang mana beberapa orang masih lagi menerima rawatan ketika ini.

Terdapat penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan di bahagian kepala, otak dan tulang belakang apabila mereka melambung ketika mengalami pengalamn dasyat itu.

Berikutan itu Singapore Airlines memperketatkan peraturan pemakaian tali pinggang keledar.

Pakar keselamatan penerbangan berkata, penumpang sering menanggalkan tali pinggang keledar, yang membawa kepada risiko sekiranya pesawat berhadapan dengan gelora udara.

Saintis turut memberi amaran gelora udara yang dapat dilihat di radar menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim. – AFP