Foto IF Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini mengakui teruja dapat mempertemukan anak-anaknya dengan negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.

Menerusi Instagram miliknya, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, menganggap peluang keemasan itu bagai mimpi jadi nyata.

Ibu tunggal juga menyifatkan pertemuan itu sebagai memori terindah buat keluarga kecilnya membolehkan mereka berbicara sekali gus merasai sendiri aura dimiliki pemimpin terulung itu.

“Kenangan berharga yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak. Aura Tun sangat kuat. Meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat.

“Rezeki kami hari ini berjumpa orang yang hebat. Tak puas betul sembang dengan orang hebat,” tulisnya dalam perkongsian di media sosialnya itu.

Menerusi hantaran sama pelakon filem Mami Jarum itu tidak ketinggalan mendoakan Dr. Mahathir dan isteri sentiasa dalam keadaan sejahtera.

“Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Banyak lagi soalan nak ditanya. Teruja sungguh Ryan dan Qaqa dapat jumpa negarawan.

“Kami sayang Tun. Tun terindah dan terulung,” ujarnya lagi yang turut merakamkan video perjumpaan tersebut.

Peluang mengunjungi pejabat bekas Perdana Menteri itu turut dimanfaat Rita dengan membawa dua puteranya,  Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13,
masuk ke galeri yang menyimpan pelbagai khazanah serta gambar tokoh dihormatinya.  – MalaysiaGazette
Foto IF Rita Rudaini.

 

 

1 Komen

  1. Aura hebat? Haaa hebat menfitnah..hebat mengkayakan anak kroni dia…yg ko ni plak terhegeh2 jumpa org tua kutuk dah kenapa?? geli plak rakyat tengok

Comments are closed.