Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup membawa balik kesemua duit yang dikatakan milknya dan mendermakannya kepada orang miskin.

Bekas Perdana Menteri itu secara sinikal berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kena beritahu di mana duit itu berada.

“Anwar mendakwa saya telah curi berbillion duit kerajaan semasa saya jadi Perdana Menteri.Saya hairan kerana saya tidak pernah tengok duit ini dan tidak tahu di mana duit ini ada.

“Yang tahu ialah Anwar kerana dia yang mendakwa saya miliki duit berbillion ini. Kata Anwar orang yang mencuri duit berbillion hendaklah bawa balik duit ini dan bantu orang Melayu yang miskin,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Dr Mahathir, ia mungkin ada di bank Switzerland dan beliau sanggup bersama Anwar pergi ke bank di negara berkenaan dan minta bank tunjuk akaun seperti (Datuk Seri) Najib (Razak) ada akaun dalam Ambank.

“Jika ada akaun, saya akan keluar semua duit dan bawa balik ke Malaysia. 100 peratus dari duit ini jika ada akan diberi kepada orang Melayu.

“Tetapi jika tidak ada akaun saya di bank atau di mana-mana sanggupkah Anwar menjawab dalam mahkamah akan asas dakwaan bahawa saya memiliki berbillion ringgit wang kerajaan yang saya curi.

“Jika tidak sanggup berhenti dari membuat tuduhan yang tidak berasas. Saya sudah dakwa jika Anwar tuduh juga saya curi duit saya akan dapat keputusan mahkamah supaya Anwar membayar RM150 juta kepada saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Duit semua dah ko agih2kan kpd anak2 billionaire ko..tunggu je laa anak2 ko nak kena sumbat Sg Buluh tu..ko fitnah DS Najib mcm2 tp tak ada sorang pun anak DS Najib yg billionaire rembat projek kerajaan mcm anak2 ko hanat

Comments are closed.