Foto: JBPM
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah treler di Felda Belara, Kuala Nerus, Terengganu awal pagi tadi.
Menurut Jabatan Bomba dan penyelamat (JBPM) Terengganu, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada jam 1.24 pagi mengerahkan pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota dan Kuala Terengganu membabaitkan seramai 13 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Faizal Abu Bakar ke lokasi kamalangan.
Menurut Faizal, pemandu Proton Satria tersebut tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan bertugas.
“Mangsa dikeluarkan oleh anggota menggunakan peralatan menyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Foto: JBPM
Tambah beliau, pemandu trelar jenis Nissan Eno mengalami kecederaan dan dihantar ke klinik oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba. – MalaysiaGazette