DJ Lin (kanan) Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024.

KUALA LUMPUR – Suria FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa menerusi Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ 2024 bagi kategori Penstriman Radio Secara Langsung di Malaysia, semalam

Menurut Pengurus Besar stesen radio itu, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, beliau berasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan berprestij ini.

“Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan yang berkualiti bagi semua pendengar setia kami,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Pengurus Pemasaran, Suria FM, Christopher Gayondato (kiri) dan Penolong Pengurus, Digital, Suria FM, Amirul Farhan Abd Hadi bersama DJ Lin.

DJ Lin menambah, Suria FM merakamkan terima kasih kepada pihak Asia-Pacific Broadcasting+ atas anugerah ini selain kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada pihaknya untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio.

“Kejayaan ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada anda semua,” ucap DJ Lin.

Anugerah Asia-Pacific Broadcasting+ merupakan sebuah acara menarik yang bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi da digitalisasi.

Program ini terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik. – MalaysiaGazette