Gambar tular di media sosial.

KUALA LUMPUR – Lagi insiden pokok tumbang di ibu negara berlaku semasa hujan lebat petang ini.

Difahamkan kejadian berlaku di Bulatan Pahang, susur keluar dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) berhampiran Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai kejadian tersebut.

Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang diramal membadai kebanyakan negeri termasuk seluruh ibu kota, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga pukul 6 petang ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.-MalaysiaGazette