PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki kerugian RM179,376 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan penjualan motosikal dan nombor pendaftaran pilihan di laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan modus operandi sindiket penipuan itu semalam.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan telah berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang tidak dikenali dan telah membayar secara tas talian sebanyak tujuh kali bermuila 24 hingga 28 Mei lalu.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, Mohamad Hatta menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya pihak yang menawarkan penjualan barangan atas talian pada harga yang rendah.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya membuat semakan dengan polis bagi mengelak menjadi mangsa peniipuan. – MalaysiaGazette