Foto: PDRM

KUALA LUMPUR – Kumpulan yang menjalankan aktiviti lumba haram tidak takut jika nyawa mereka dicabut walaupun sudah tahu bahana yang akan diterima akjbat daripada kegiatan itu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Kumarasan A/L Muniandy berkata, pihaknya yang melakukan Ops Samseng Jalanan di sekitar kawasan Lebuh Medini Utama (MBIP) mendapati risikan yang dilakukan adalah lokasi tersebut masih digunakan sebagai tempat untuk berlumba terutama pada hujung minggu.

“‘Bagaikan telur di hujung tanduk, itulah yang boleh digambarkan dengan kumpulan samseng jalanan yang masih menjalankan aktiviti lumba haram,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Operasi tersebut dilaksanakan pada jam 11.30 malam semalam hingga 5 pagi hari ini.

Menurut Kumarasan, walaupun operasi acap kali dijalankan, kupulan samseng jalanan tidak pernah serik dan seperti mahu mencabar pihak penguatkuasa.

Tambah beliau, dalam operasi itu, polis menahan dua pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita yang berusia antara 23 hingga 32 tahun.

Katanya, polis telah menyita dua buah kereta di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan dijalankan di bjawah akta sama.

Jelasnya, akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda antara RM5,000 hingga RM20,000 serta lessen digantung selama dua tahun jika sabit kesalahan. – Malaysigazette