Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Polis hari ini telah memanggil beberapa individu lagi bagi membantu siasatan lanjut kes bunuh kanak-kanak kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada 31 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, antara individu yang dipanggil adalah pengasuh dan dua ahli keluarganya allahyarham Zayn untuk disiasat.

“Tindakan memanggil pengasuh dan dua ahli keluarga Zayn adalah bagi melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis ketika ini.

“Sebarang kemungkinan untuk polis panggil individu lain selepas ini adalah bergantung kepada soal siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis telah merampas telefon bimbit ibu dan bapa Zayn Rayyan untuk membantu siasatan lanjut yang dijalankan ke atas mereka dalam kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

Pada Jumaat lalu, penahanan pasangan 28 tahun itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri berusia 28 tahun itu di kediaman keluarga mereka yang terletak di Puncak Alam pada pukul 10.25 pagi Jumaat lalu.

Kedua-dua mereka kemudian direman selama tujuh hari sejak 1 Jun lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. – MalaysiaGazette