Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda.

“Patik bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan ke hadrat Allah subhanahu wa ta’ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memayungi negara dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini,” kata Anwar dalam kenyataan.

Menurut Anwar, beliau dan rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan.- MalaysiaGazette