Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan di Jalan Panti 6, Taman Johor pada jam 4.13 pagi tadi.

Akibat nahas itu, mangsa seorang lelaki berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supritendan Yusof Othman berkata, mangsa maut akibat cedera parah di kepala.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu atau berbahaya. – MalaysiaGazette