Benjamin Netanyahu bercakap semasa upacara menandakan Hari Peringatan Holocaust untuk enam juta orang Yahudi yang terbunuh semasa Perang Dunia II, di Memorial Holocaust Yad Vashem di Baitulmaqdis pada 5 Mei 2024. (Foto AFP)

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melihat pelan perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tawanan yang digariskan Presiden Amerika Syarikan, Joe Biden sebagai tidak menyeluruh

Biden pada Jumaat lalu mengemukakan pelan tiga fasa Israel yang dianggap sebagai sesuatu yang boleh menamatkan peperangan, pembebasan semua tawanan oleh pejuang Palestin serta membina semula Semanjung Gaza tanpa penguasaan kuasa Hamas.

Bagaimanapun, jurucakap Israel, David Mencer berkata, pelan itu adalah sebahagian.

“Peperangan di Gaza akan dihentikan untuk membebaskan tawanan dan diikuti dengan perbincangan matlamat Israel untuk menghapuskan Hamas,” tambahnya.

Dalam kenyataan berasingan, Netanyahu memaklumkan kepada jawatankuasa parlimen bahawa dakwaan Israel untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat rejim itu dipenuhi adalah tidak benar.

Menurut Menteri Keselamatan Nasional negara Zionis, Itamar Ben Gvir, jika Israel bersetuju untuk menamatkan perang, mereka tidak akan dapat mencapai matlamat utama mereka iaitu menghapuskan Hamas.

Beliau juga akan mengatakan bahawa jika Netanyahu bersetuju untuk menandatangani perjanjian yang beliau sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab itu, parti beliau akan keluar daripada gabungan kerajaan Israel. – AFP