Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ke Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 di Kementerian Komunikasi, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 5 JUN 2024

PUTRAJAYA – Satu keputusan mengenai isu Program Latihan Ijazah Kepakaran (parallel pathway) sudah dicapai kerajaan, kata Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil.

Jelas Fahmi, mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan isu itu akan diatasi dengan pembentangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) yang akan dibawa ke sidang Parlimen akan datang.

“Satu memorandum bersama Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan Tinggi telah dibentangkan dan akan diputuskan.

“Untuk perincian mengenai aspek penyelesaian bagi masalah atau isu parallel pathway, media boleh rujuk sama ada KKM (Kementerian Kesihatan) mahu pun KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) tapi kita telah capai satu keputusan yang baik dan akan dibawa ke Parlimen kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 di Kementerian Komunikasi hari ini.

Turut hadir timbalannya, Teo Nie Ching.

Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menyentuh perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet yang hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata isu parallel pathway akan dimuktamadkan pada minggu ini.

Isu pokok yang timbul berkaitan dalam bidang pembedahan kardiotorasik ialah isu pengiktirafan laithan kepakaran parallel pathway yang dilaksanakan KKM.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Universiti Teknologi MARA (UiTM) membenarkan kemasukan pegawai perubatan bukan Bumiputera yang ingin mendapatkan latihan khusus bidang kardiotoraks, sama seperti institusi itu menerima pelajar antarabangsa.

Cadangan itu menerima kritikan pelbagai pihak termasuk mahasiswa UiTM dan alumni kerana menegaskan universiti itu hanya untuk Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Isunya simple jaa…program tu KKM pandai2 buat…di Malaysia tak dapat akreditasi…dan di UK pun tak diiktiraf..

Comments are closed.