Muhammed Yusoff Rawther. foto FAREEZ FADZIL, 04 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini telah menetapkan  tujuh hari bermula 16 Jun tahun depan untuk perbicaraan penuh berhubung saman Muhammad Yusoff Rawther yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Johan Lee Kien How menetapkan 16 hingga 19 Jun dan 23 hingga 25 Jun tahun depan.

Tarikh-tarikh itu telah disahkan oleh peguam yang mewakili Yusoff, Navpreet Singh hari ini.

Pada 28 September tahun lalu, Muhammed Yusoff telah memfailkan rayuan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonannya untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pembelaan serta keseluruhan tuntutan balas Ahli Parlimen Tambun itu.

Untuk makluman, pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman mendakwa serangan seksual pada 2 Oktober 2018 di kediaman Anwar di Segambut.

Dakwa lelaki itu, Anwar melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya manakala beliau menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.

Ini juga dakwa Muhammad Yusoff dirinya dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.

Muhammed Yusoff menuntut ganti rugi khas, umum, teruk, teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Anwar memfailkan tuntutan balas terhadap Muhammed Yusoff dengan menyatakan dakwaan salah laku seksual itu tidak benar dan berunsur rekaan semata-mata.

Anwar mendakwa bahawa serangan seksual yang didakwa tidak mungkin berlaku kerana pada tarikh yang dikatakan serangan itu berlaku, beliau sedang melayani keluarga dan rakan di kediamannya di Bukit Segambut. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mahkamah tolak permohonan Yusoff Rawther dapatkan keputusan ujian poligraf

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast