Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR –  Seorang doktor perubatan ditahan polis setelah dipercayai mencabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Perak, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Selasa lalu di Balai Polis Bota, Ibu Pejabat Polis Daerah Tengah, sekitar jam 9.14 malam.

“Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang.

“Susulan daripada laporan polis tersebut, pada Rabu sekitar jam 2 petang, sepasukan pegawai polis dari IPD Perak Tengah telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki bergelar doktor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, suspek telah direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast