10 kontena dilaporkan terbakar di Westport.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 kontena berukuran 40 kaki terbakar dalam kejadian di Westport Pulau Indah.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerusi kenyataan berkata laporan kejadian kebakaran diterima ada 1.40 tengah hari tadi.

Kerja-kerja pemadaman api sedang dijalankan.

“Laporan awal kebakaran melibatkan sebuah kontena dan telah musnah 100 peratus. Operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya.

Katanya, kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak West Port menggunakan kren.

Kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Indah dibantu oleh BBP daripada Pelabuhan Klang, Sg Pinang, Andalas dan Shah Alam. – MalaysiaGazette