KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lelaki yang mengalami sawan hilang kawalan ke atas kereta yang dipandunya lalu terbabas ke dalam bangunan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Azman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 10.30 malam.

Menurutnya, kereta yang terbabas itu telah melanggar tiang tembok batu di hadapan bangunan jabatan x-ray.

“Pemandu yang berusia 30 tahun dan rakannya yang baru tiba dari Johor Bahru bagi menghantar peralatan hospital mengalami kecederaan dan diberi rawatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada petugas hospital yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

TetapiĀ  tiang lobi hospital dan beberapa struktur yang sedang dalam kerja pembaikan kerangka bumbung dan siling, mengalami kerosakan. – MalaysiaGazette