Siti Zulaikha Hamzah menunjukkan gambar kenangan terakhir bersama ibu dan bapanya ketika keluar bersama pada Mac lalu.

KUANTAN – Mangsa ketiga yang meninggal dunia dalam nahas kemalangan bas rombongan guru di Jalan Kuantan-Segamat  sepatutnya sudah bersara pada 7 Julai ini.

Malah Allahyarham Hamzah Ahmad, 60, dijadualkan akan berpencen selepas perkhidmatan terakhir sebagai Pembantu Pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Melaka lebih dari 20 tahun.

Anak sulungnya, Siti Zulaikha Hamzah, 25, berkata, arwah ayahnya dilihat berat hati bagi mengikuti rombongan sekolah ke Terengganu itu namun setelah didesak oleh ahli keluarga akhirnya dia akur.

Malah ayahnya menunjukkan reaksi diam dan tidak gembira seperti biasa semasa bersama keluarga ketika detik-detik terakhirnya seolah-olah dapat menghidu dirinya akan pergi buat selamanya.

Lebih ralat, Zulaikha tidak sempat menghulurkan salam terakhir bersama ayahnya sebelum Hamzah bertolak dari rumah dengan memandu sendirian ke sekolah.

“Emak cakap lepas ayah pencen, boleh pergi mana-mana nanti. Tapi kali ini kami pujuk ajak ayah pergi rombongan sebab dia tak pernah pergi jauh. Kalau rombongan mana-mana memang dia tolak.

‘’Waktu ayah nak pergi rombongan itu, saya tengah bersiap pergi kerja, jadi tak sempat salam ayah sebab tengah mandi, baru nak salam, ayah sudah keluar,’’ katanya sebak.

Zulaikha berkata, keluarganya menerima panggilan daripada sekolah memaklumkan insiden dan bertindak untuk menghubungi semula ayahnya tetapi gagal.

Menceritakan kembali ketika beliau hanya mengetahui keadaan ayahnya terbabit sekitar pukul 6 pagi dan Zulaikha segera meminta kebenaran pulang awal daripada syif tugasan malam sebagai operator kilang.

‘’Dalam masa yang sama saya tetap cuba hubungi ayah sebab ayah jarang tidak mengangkat panggilan telefon, kemudian saya hubungi Kak Zila, rakan sekerja ayah dDan bila dapat tahu pada mulanya kakitangan sekolah mengatakan keadaan ayah okay dan perlu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA),’’ katanya.

Bagaimanapun sebagai anak, gerak hatinya kuat mengatakan perkara tidak disenangi berlaku sebaik sahaja menerima panggilan daripada  hospital ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Kuantan.

Mengakui sangat terkejut, Zulaikha dan adiknya Siti Wardah Hamzah, 24, yang rapat dengan bapanya menguatkan semangat  kerana harus menjaga ibunya juga orang kelainan upaya (OKU) akibat penyakit saraf.

Jenazah Hamzah akan diuruskan di Kuantan dan sejurus selesai proses bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Melaka untuk dikebumikan di Kampung Londang hari ini.

Selain Hamzah, dua lagi mangsa adalah seorang guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala pemandu kedua bas berkenaan juga disahkan meninggal dunia adalah Mohd Adi Hasan, 29, ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Bas tersebut membawa rombongan 37 warga Sekolah Kebangsaan (SK)  Jeram, Masjid Tanah, Melaka dilaporakan merempuh treler di Kilometer 126, Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau dalam tragedi 1.30 pagi.

Rombongan bas itu dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer (KM)126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau sedalam 5 kaki.

Tinjauan MalaysiaGazette ketika di Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAA melihat beberapa waris mulai menunggu mangsa-mangsa yang kritikal yang masih menerima rawatan.

Difahamkan sehingga kini, tiga lagi mangsa masih berada dalam keadaan kritikal di HTAA dan tiga lagi mangsa dari Hospital Muadzam Shah telah tiba bagi menerima rawatan. 

Bas itu dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu dilaporkan terbabas dan terjunam ke bawah cerun di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat simpang tiga ke Bahau sedalam lima kaki.

Difahamkan sehingga kini tiga lagi mangsa masih berada dalam keadaan kritikal di HTAA dan tiga lagi mangsa dari Hospital Muadzam Shah telah tiba bagi menerima rawatan. MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mangsa ketiga nahas bas meninggal dunia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast