Sekurang-kurangnya emapt maut dalam insiden sebuah bas persiaran membawa yang membawa 39 penumpang dengan sebuah treler di Jalan Kuantan - Segamat dalam kejadian 1.30 pagi Ahad

ROMPIN –  Dua penumpang maut manakala 37 lagi cedera dalam nahas membabitkan sebuah bas dengan sebuah treler di Jalan Bahau – Segamat dalam kejadian 1.30 pagi tadi.

Ketua Polis Rompin, Deputi Supritendan Nor Azman bin Yusof berkata, dua mangsa yang meninggal dunia membabitkan pemandu kedua bas berkenaan dan seorang guru wanita yang di lokasi nahas manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

”Seramai 37 orang lagi masih mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah dan Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.

”Bas persiaran berkenaan membawa warga Sekolah Kebangsaan Jeram, Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu bagi menyertai rombongan sementara pemandu treler pula menuju ke Nilai dari Muadzam Shah.

”Bukan jatuh gaung, bas berkenaan apabila tiba di simpang tiga, pemandu bas tersasar hilang kawalan, menggelongsor ke lereng tebing berkedalaman lebih kurang lima kaki dan bas terbalik 45 darjah,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Bagaimanapun maklumat lengkap berkaitan kejadian masih belum diperoleh setakat ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) seramai 33 anggota dan tiga pegawai bomba bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Pihak bomba berjaya mengeluarkan semua mangsa di dalam bas yang terjunam ke dalam cerun. – MalaysiaGazette